Moto | "Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan"[1] |
---|---|
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 25 Julai 2001 |
Canselor | Raja Muda Perlis - Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail |
Naib Canselor | Lt. Kol. Dato' Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli[2] |
Lokasi | |
Kampus | Kampus utama di Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis |
Laman sesawang | www.unimap.edu.my |
Universiti Malaysia Perlis (singkatan: UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang berteraskan kejuruteraan di Malaysia terletak di negeri Perlis. Sebelum ini ia dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (bahasa Inggeris: Northern Malaysia University College of Engineering ). Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001. Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin merupakan Naib Canselor pertama UniMAP.